Bahagian A :Rumusan (20%)
Skema Pemarkahan
1. Markah pendahuluan, kesimpulan dan setiap isi adalah 2 markah, termasuk markah tatabahasa.
2. Pengagihan isi tersurat dan tersirat ialah :
Isi Tersurat | Isi Tersirat |
2 | 6 (maksimum) |
3 | 5 |
4 | 4 |
5 | 3 |
6 ( maximum) | 2 |
3. Sebanyak 4 perenggan bagi satu rumusan, iaitu perenggan pertama pendahuluan, perenggan kedua isi tersurat, perenggan ketiga, isi tersirat, manakala perenggan kesimpulan di perenggan keempat.
4. Perenggan pendahuluan hendaklah dimula dengan ' Graf/Carta/jadual menunjukkan........'.
5. Hanya satu ayat dalam perenggan pendahuluan.
6. Isi tersirat boleh diterima dengan semua perkara yang berkaitan dengan isu yang dikemukakan.
7. Perenggan kesimpulan hendaklah dimula dengan 'Kesimpulannya...'.
8. Perenggan kesimpulan tidak dibenarkan dipetik daripada petikan.
9. Perenggan kesimpulan perlu mengandungi 'cadangan' dan 'harapan' terhadap isu yang dibincangkan.
10. Hanya satu ayat perenggan kesimpulan.
11. Rumusan hanya disemak setakat mana jumlah patah perkataan yang ditetapkan.
Skema Penolakan
perkara | Penolakan Markah (maksimum) |
tidak menyatakan jumlah perkataan | 2 |
kesalahan format | 3 |
Perhatian:
- Kesalahan format termasuk rumusan dibuat dalam 1 perenggan, mencampuradukkan isi tersurat dengan isi tersirat, kekurangan perenggan, kesalahan pemrenggan isi, dan perenggan kesimpulan dan perenggan pendahuluan ditulis 1 ayat.
- Kalau perenggan pendahuluan dan perenggan kesimpulan ditulis lebih daripada 1 ayat, markah diberi secara biasa tetapi tolak markah format.
- Calon hendaklah menulis jumlah perkataan yang dihasilkan . Sebarang singkatan adalah tidak diterima. Contoh penulisan jumlah perkataan yang lengkap ialah 120 patah perkataan.